Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konvoi lawan konvoi, jangan bawa budaya samseng, kata PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konvoi lawan konvoi, jangan bawa budaya samseng, kata PAS

KUALA LUMPUR:  Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan baju merah menyerang dan menendang pasukan konvoi Bersih 5 perlu dikutuk dan berharap  budaya samseng  tidak dibawa ke dalam politik Malaysia.

“Walaupun PAS tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti PAS menyokong tindakan yang tidak bertamadun ini. PAS juga bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk pilihan raya adil,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Idris, PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral kerana ia merupakan ajaran Islam sebagaimana sabda Nabi SAW.

“Sekarang zaman milenium baharu, bukan cara politik tahun 60-an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang,” ujarnya.

Beliau berkata, kumpulan Baju Merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5.

“Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio.

Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat,” tambahnya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.