Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal tidak mengaku tulis ugutan 13 Mei selepas amaran Ketua Polis Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal tidak mengaku tulis ugutan 13 Mei selepas amaran Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos hari ini membuat penafian bahawa beliau ada membuat kenyataan bahawa tragedi berdarah 13 Mei akan berulang sekiranya kumpulan Bersih 5 meneruskan perhimpunan mereka pada 19 November depan.

Menurutnya, status itu ditulis dalam akaun palsu yang menggunakam namanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Jamal yang memuat naik status tersebut pada 21 September lalu sebagai melampau, dan boleh diambil tindakan.

Dalam twitternya Khalid menulis: ” Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. Polis Diraja Malaysia akan ambil tindakan tegas dan segera.”

Beliau turut memuat naik screenshot akaun Dato’ Jamal Yunos yang menulis “Saya berjanji Tragedi 13 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 Novembr ini.

Tan Sri Khalid menegaskan, tindakan akan diambil ke atas pemimpin kumpulan baju merah itu ekoran kenyataan yang disiar tersebut.

” Pihak berkuasa tidak boleh menerima sebarang kenyataan bersifat menghasut.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengambil tindakan tegas dengan segera,” katanya melalui Twitter malam semalam. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.