Tulang dan rambut dalam perut buaya – SFC
KUCHING: Tangkapan sekor buaya pagi semalam di Sungai Kampung Pinang, Kota Samarahan merupakan sebahagian daripada operasi khas Sarawak Forestry Corporation (SFC), selepas serangan terhadap seorang penduduk, Ismandi Osman pada September lalu.
Menurut kenyataan SFC sebentar tadi, operasi itu dilaksanakan oleh Pasukan Tindak Pantas Hidupan Liar (SWAT) dengan fokus kepada kepada buaya jantan bersaiz gergasi yang disyaki menyerang mangsa.
“Tumpuan operasi adalah sekitar radius 8km dari lokasi mangsa disyaki diserang, melibatkan jajaran Sungai Pinang hingga ke Kampung Endap.”
Katanya, dalam operasi tersebut, pasukan SWAT menyediakan 13 umpan yang akhirnya menjerat seekor buaya jantan sepanjang 4.4 meter panjang seberat 600kg.
“Buaya tersebut kemudian dibelah perutnya dan pasukan terlibat menjumpai beberapa tulang serta rambut.
“Ujian forensik kini sedang dilakukan oleh pihak berwajib bagi menentukan sama ada tulang dan rambut itu milik manusia,” tambahnya.
Kata SFC lagi, operasi di Batang Samarahan akan diteruskan bagi menangkap beberapa lagi buaya dewasa yang bersaiz gergasi dan mengancam pengguna sungai terbabit. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment