Tiada Baju Merah Pada Pelancaran Aman BERSIH 5 Di Pulau Pinang
BERSIH 5 hari ini dilancarkan secara aman di Pulau Pinang tanpa kelihatan kelibat dari kumpulan baju merah pro-Umno seperti sebelum ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu sebarang masalah dan hanya mahu membuat tuntutan supaya pilihan raya yang bersih dan aman diadakan di negara ini.
Turut serta pada majlis pelancaran ini adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Dalam ucapannya, Lim membidas Umno berhubung keganasan dan lagak samseng yang dipamerkan terhadap peserta perhimpunan BERSIH, terutama di Selangor.
“Mereka memukul orang tetapi tidak berdepan sebarang tindakan,” katanya kepada kira-kira 100 orang yang berkumpul di Dewan Bandaran di Georgetown untuk menyaksikan obor BERSIH yang diserahkan kepada Lim.
Beliau merujuk kepada insiden terbaru di mana tiga penyokong baju merah ditahan oleh polis kerana menerajang seorang aktivis BERSIH di Sabak Bernam. Insiden ganas itu berjaya dirakamkan dan video berkenaan kini tersebar meluas di media sosial.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d1PqrQ
Post a Comment