Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hilux terjunam gaung di Sebangkoi, tiga beranak berhadapan detik cemas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hilux terjunam gaung di Sebangkoi, tiga beranak berhadapan detik cemas

SARIKEI: Tiga beranak berhadapan detik cemas pagi semalam apabila pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Sebangkoi, dekat sini.

Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, kejadian berlaki sekitar jam 8.50 pagi ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Sibu menģgunakan laluan Beladin.

“Kita dimaklumkan tentang insiden itu sekitar jam 8.51 pagi dan sebuah jentera dan ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota.

“Pasukan tiba di lokasi sekitar jam 9.13 pagi dan mendapati pasangan suami isteri di dalam kenderaan itu berjaya mengeluarkan diri dari kenderaan.

Salah seorang mangsa, iaitu seorang wanita didapati mengalami kecederaan manakala suaminya hanya luka ringan.

“Pasukan kemudian menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa ke bahu jalan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

“Anak lelaki mangsa yang berusia tiga tahun pula telah diselamatkan lebih awal dan dihantar oleh salah seorang saudara mereka ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaan dan rawatan.

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Lu Sing Hoon, 29 tahun dan isteri, Yong Mee Ping, 34 tahun.

Operasi tamat sekitar jam 10.19 pagi, katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.