Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikan duyung gay bermata biru berharga RM1,455 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikan duyung gay bermata biru berharga RM1,455

ATLANTA: Blix lelaki gay berkulit kulit hitam, warga Atlanta, sangat fanatik untuk menjadi “merman” atau duyung lelaki.

“Keluarga saya tahu saya duyung jantan. Sejak kecil saya membalut kaki saya dengan selimut membentuk ekor duyung,” ujar Blix yang juga dikenali sebagai Eric ketika menjadi “manusia normal”.

Semasa kanak-kanak, di kolam renang Blix gemar beraksi sepeti seekor ikan duyung, tetapi ikan duyung jantan.

Natasha James, ibu angkatnya kemudian mencipta ekor silikon untuk dipakai Blix ketika beraksi di dalam air.

Natasha pernah memberitahu Blix, dia akan kehilangan banyak kawan kerana minat peliknya itu.

“Apabila saya mula melaku ini (jadi duyung), saya kehilangan banyak kawan, ada yang memberitahu saya, “tidak ada ikan duyung hitam, mengapa awak melakukannya?” cerita Blix.

Memetik Agensi, Blix sudah lama menarik perhatian umum kerana memilih kerjaya aneh tersebut menjalani hidup sebagai lelaki duyung.

“Saya makan, tidur dan bernafas seperti ikan duyung sepanjang hidup.

“Ramai berkata saya gila, namun saya tidak peduli,” kata Blix mengaku ramai “menyewanya” menjadi ikan duyung bagi menyerikan majlis keramaian mereka.

“Pelanggan boleh memilih sama ada mahukan saya berenang di dalam kolam atau sekadar mengambil gambar di daratan,” beritahu Blix.

Blix memberitahu Metro.co bahawa dia menjadi ikan duyung lelaki semenjak dua tahun lalu.

Bagi kerjaya profesionalnya itu dia  memperoleh pendapatan lumayan dibayar sebanyak AS$350 (RM1,455) bagi satu-satu majlis keramaian.

Tonton aksi duyung gay di You Tube:



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.