Lihat Gambar, Mana Satu Ais Yang Bersih? Jom Baca Jawapannya
Lihat Gambar, Mana Satu Ais Yang Bersih?
Melalui satu laporan Sinar Harian, ada artikel yang memaparkan gambar ketulan ais yang diperbuat dari air yang bersih.
Dari gambar, ketulan ais di sebelah kiri itu lebih jernih daripada ketulan ais di sebelah kanan. Apakah maknanya dan yang manakah lebih bersih untuk diminum.
Jawapan yang diberikan ialah ketulan ais di sebelah kiri lebih bersih dan lebih baik untuk kesihatan. Oleh itu jika anda perhatikan ais berwarna jernih ianya diperbuat dari air yang bersih.
Namun, ketika anda menghirup minuman berais, ada tidak perasan samada ais yang anda minum itu jernih seperti ketulan ais di sebelah kiri atau keruh seperti ketulan ais di sebelah kanan.
Beberapa buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan semuanya iaitu jijik.
Anda bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula untuk dijadikan ais kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya tekak menggambarkan apa yang dilihat dengan mata sendiri.
Ada juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar masuk ke lokasi memproses ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.
Tidak dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan diri selepas menggunakan tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu terlampau kotor dan berbau.
Harap perkara ini dapat dipantau. -PENMERAHDOTCOM
The post Lihat Gambar, Mana Satu Ais Yang Bersih? Jom Baca Jawapannya appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment