Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau jantan, lawan saya di Padang Rengas,” cabar Nazri kepada Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau jantan, lawan saya di Padang Rengas,” cabar Nazri kepada Mahathir

IPOH: Buku dengan ruas. Itulah peribahasa terbaik bagi menggambarkan perwatakan Tun Dr Mahathir dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri yang terkenal tegas dan celopar, tidak kisah apa yang bekas ketuanya itu fikir.

Yang penting, dan ini memang wajar, beliau mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir boleh memilih untuk bertanding di Pekan, kawasan Parlimen Perdana Menteri atau di kawasan Nazri di Padang Rengas.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, beliau bersedia berdepan dengan Mahathir di Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Dia (Mahathir) marah sangat pada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, saya dah kata sebelum ni,  nak jatuhkan Najib lawanlah di Pekan,” kata Nazri semalam.

Beliau berkata, jika Mahathir tidak mahu melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh melawan beliau  di Padang Rengas.

“Saya tunggu di sana, buat apa sembang macam tin kosong dan jadi anak jantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Koridor Kebudayaan Mengelembu di sini apabila diminta mengulas kenyataan Mahathir bahawa dengan beberapa Adun keluar Umno di Perak, Terengganu atau Johor, pembangkang tidak perlu menunggu PRU14 untuk menguasai negeri tersebut.

Mahathir berkata, di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti sehingga dua kerajaan negeri BN boleh  tumbang.

Nazri  berkata, kenyataan Mahathir hanya bertujuan untuk menarik perhatian rakyat terhadap  PPBM yang tidak mendapat sambutan positif daripada rakyat.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.