Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Kini Turut Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Facebook Events - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Kini Turut Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Facebook Events

Facebook sebelum ini telah hadir dengan beberapa aplikasi khusus yang didedikasikan untuk pelbagai fungsi dalam laman sosial mereka – termasuk Facebook Pages, Groups, Messenger dan sebagainya. Kini, mereka turut menambah satu lagi koleksi dibawahnya, iaitu Facebook Events.

Facebook Events

Pada Facebook, selain perkongsian pelbagai perkara, ia turut telah menjadi lokasi dimana pengguna membuat sesuatu acara dan menjemput rakan-rakan mereka. Dengan adanya aplikasi khusus ini, ia memudahkan penemuan acara berkenaan, selain turut hadir dengan beberapa fungsi khusus.

Pengguna boleh melihat apakah acara yang dihadiri oleh rakan-rakan mereka, perkongsian acara dari Facebook Pages, selain turut melihat pelbagai kemaskini berkaitan. Anda turut boleh membuat carian acara menggunakan lokasi pada aplikasi ini.

Buat masa ini, aplikasi Events ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat, dan hadir untuk iOS sahaja. Facebook dijangka akan memperluaskan penawaran mereka secara berperingkat, dan turut menawarkan versi Android tidak lama lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dX1KFF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.