Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anwar Ibrahim: Pemimpin yang api-apikan sentimen kenegerian tak mampu selesai kemiskinan rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anwar Ibrahim: Pemimpin yang api-apikan sentimen kenegerian tak mampu selesai kemiskinan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  insiden penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah membuktikan amalan rasuah semakin membarah di dalam negara ini.

Justeru, bekas ketua pembangkang itu  menyarankan satu dasar yang jelas bagi menjamin pengurusan teratur, jaminan nasib rakyat serta undang-undang dan penguatkuasaan kemas.

Anwar berkata, ia juga dapat menjana perubahan dalam sistem tatakelola, pembanterasan rasuah serta ketelusan dalam proses pembidaan tender-tender kerajaan.

“Bayangkan jika pegawai-pegawai Jabatan Air Sabah ini mampu mengumpul dana RM200 juta, apakah ini merupakan petanda tatakelola dan pengurusan buruk Kerajaan Pusat?,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah,” ujarnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai sekitar RM52 juta, 127 geran tanah, sembilan kereta mewah, 94 beg berjenama selain RM60 juta di dalam bank membabitkan pengarah dan timbalannya dalam kes yang menggemparkan negara..

“Pimpinan atau kaum yang mengapi-apikan sentimen kenegerian tidak mampu untuk mengatasi kemiskinan dan masalah rakyat,”katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.