Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersih 5: Impak Tidak Sehebat Dahulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersih 5: Impak Tidak Sehebat Dahulu

Bersih 4.0

 

Penganalisis politik berpandangan Bersih 5 yang bakal diadakan November nanti tidak akan memberi impak yang berkesan terhadap rakyat dan kerajaan.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, rakyat kini sudah letih untuk mengikuti dan menyertai pelbagai siri himpunan anjuran pembangkang.

“Saya rasa yang dulu (Himpunan Bersih 1 dan Bersih 2) lebih hebat, kesannya mungkin tidak seberapa kerana rakyat sudah letih dan muak dengan setiap himpunan jalanan. Hasilnya (dari himpunan) tetap tiada.

“Mungkin yang kelihatan berbeza sedikit berbanding dahulu adalah himpunan ini digerakkan di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau juga percaya rakyat tidak perlu banyak berhimpun di jalanan untuk menyuarakan kehendak masing-masing.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan semasa negara seperti mana yang berlaku di beberapa negara lain.

Jeniri dalam masa sama turut menasihatkan kumpulan Baju Merah dan Bersih mengawal tingkah laku dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Kedua-duanya perlu kawal tingkah laku dan kawal emosi. Perlu diingatkan, tindakan yang melampau boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah yang merugikan.

“Jangan keluarkan kenyataan yang menghasut atau tidak disukai orang lain. Jangan sampai pertembungan kedua himpunan ini merosakkan hubungan rakyat dan sistem demokrasi negara,” katanya lagi.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e5kzrB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.