Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan S’usaha PM Batal Saman Mukhriz 1 Dis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan S’usaha PM Batal Saman Mukhriz 1 Dis

download-4

 

Permohonan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad untuk membatalkan saman fitnah bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan didengar pada 1 Disember ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ooi She Yi yang mewakili Tengku Shariffuddin dan Ilyani Noor Khuszairy bertindak bagi pihak Mukhriz.

Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei lepas yang mendakwa defendan (Tengku Shariffuddin) mengeluarkan empat kenyataan iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.

Empat tajuk kenyataan itu adalah, Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister; Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview; Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary dan Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Tengku Shariffuddin dalam pernyataan pembelaannya menafikan empat kenyataan itu memfitnah Mukhriz tetapi menegaskan kenyataan tersebut adalah untuk menjelaskan dan menegah tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau tidak pernah berniat jahat atau malice dalam menerbitkan kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia dan beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk membela dan menegah tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dgM0zW

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.