Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasuah Air Sabah: SPRM Sila Siasat Shafie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasuah Air Sabah: SPRM Sila Siasat Shafie

shafapda-transformed

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya menunggu lama untuk menyiasat bekas Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal berhubung dakwaan penglibatannya dalam kes rasuah air di Sabah yang melibatkan beratus juta ringgit (setakat ini).

Dalam satu kenyataan kelmarin, Shafie dengan beraninya mengumumkan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya tersebut dan kesediaan ini perlulah disambut SPRM dengan menyiasat Shafie pada kadar yang segera.  Bukan mudah personaliti tersohor politik seperti Shafie menawarkan dirinya untuk disiasat.

Jika kena pada individu yang sama status (atau lebih tinggi) darinya, pasti segala pengaruh digunakan untuk memastikan mereka tidak disiasat SPRM tapi dalam hal Shafie, beliau menawarkan diri.  Hebat!!

Ini penting kerana Shafie adalah watak utama dalam mengembangkan pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohammad di Sabah – yang di atas sebab tertentu, tidak boleh menggunakan platform Bersatu untuk bertapak dan meluaskan pengaruhnya di negeri tersebut.

Shafie juga diwar-war akan menjawat jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan negara ini dalam PRU14 yang akan datang.  Maka itu, imej Shafie perlu bersih dari segala segi bagi menyediakan beliau untukj menjawat jawatan tersebut.

Jika terlalu lambat melibatkan Shafie dalam siasatan, dibimbangi perkara ini akan berlanjutan sehingga PRU14 hampir tiba dan pada waktu itu, mungkin sudah terlambat  untuk membersihkan imej Shafie.  Umum tahu di Malaysia ini, seseorang itu perlu membuktikan dirinya tidak bersalah terlebih dahulu sebelum apa proses keadilan yang lain mengambil tempat.

Siasatan SPRM ke atas Shafie inilah yang akan membersihkan imej Shafie kerana kita yakin diakhirnya Shafie akan didapati tidak terlibat dan dengan itu tidak didakwa atas sebarang pertuduhan.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dhkr9q

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.