Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terjejas Dengan Persempadanan Semula? Ketahui 3 Cara Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terjejas Dengan Persempadanan Semula? Ketahui 3 Cara Mudah

download-5

 

Dengan tempoh bantahan bagi cadangan kawasan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditutup Sabtu ini, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH sedang meningkatkan kempen untuk mengumpul sokongan bagi membantah proses itu yang didakwa tidak berperlembagaan.

Antara lain, BERSIH berkata, cadangan itu melanggar jaminan perlembagaan bahawa setiap undi adalah sama di seluruh Malaysia dan kawasan pilihan raya mencerminkan hubungan masyarakat.

Parti-parti pembangkang juga menentang persempadanan semula itu dengan alasan bahawa cadangan itu menghakis kemenangan majoriti mereka di kawasan pilihan raya dan menghimpunkan penyokong pembangkang dalam sebuah kawasan untuk memberi manfaat kepada BN.

SPR terpaksa mendengar setiap bantahan. Bantahan hanya boleh dikemukakan jika ia mendapat sokongan sekurang-kurangnya 100 pengundi di kawasan itu.

Bagaimana anda tahu jika anda terjejas? Anda boleh menuju ke pusat SPR di kawasan anda, atau menyemak menerusi Malaysiakini untuk mengetahui dalam tiga langkah mudah.

Hanya pilih negeri, Dewan Undangan Negeri dan daerah mengundi daripada menu di bawah, dan ia akan memberitahu anda jika anda terjejas dan bagaimana untuk membuat bantahan.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dgNp9D

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.