Hi! Welcome Back and Stay Tune! Demonstrasi Hanya Bazir Sumber Pasukan Keselamatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Demonstrasi Hanya Bazir Sumber Pasukan Keselamatan

Nur Jazlan

 

Tindakan sesetengah pihak mengadakan demonstrasi di negara ini hanya membazirkan sumber pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, apabila pihak tersebut mengadakan demonstrasi, pihak berkuasa terpaksa menghabiskan sember seperti kos, masa dan tenaga bagi mengawal kegiatan itu daripada menjadi bertambah buruk.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam penganjuran demonstrasi supaya menghentikan kegiatan itu yang jelas bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

“Jadi kalau mereka tidak membuat demonstrasi, pasukan keselamatan pun tidak perlu campur tangan. Masalahnya apabila pasukan keselamatan membuat kerja mereka (untuk menjaga keselamatan semasa demonstrasi), kedua-dua pihak ‘complain’ (merungut),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Bandaraya Asia Mencegah Dadah (ICCE-ASCAD) Ketujuh selama lima hari bermula hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Abd Halim Husin.

Kira-kira 400 peserta daripada 27 negara antaranya Thailand, Kenya, Sri Lanka dan Korea Selatan selain Malaysia menyertai persidangan yang diadakan bagi mengatur usaha dalam memerangi kegiatan berkaitan dadah.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi terlibat akan menjalankan penguatkuasaan tegas bagi mengekang kegiatan ‘tonto’ atau orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat untuk melambat dan menggagalkan tugas penguatkuasaan terutama di kawasan panas penyeludupan di negara ini.

“Insentif lumayan dilihat menyuburkan lagi kegiatan tonto di kawasan sempadan negara dan saya juga tidak hairan jika ada anggota pihak berkuasa yang turut terlibat dengan kegiatan tersebut,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e5lxE2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.