Mesyuarat Majlis Raja-Raja Jadi Tumpuan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-242 dijangka mendapat perhatian pemerhati politik tanah air susulan seorang Yang di-Pertuan Agong baru akan dipilih.
Mesyuarat pre-council akan berjalan hari ini diikuti mesyuarat rasmi tiga hari yang akan berakhir 14 Oktober (Jumaat) depan.
Apa sahaja keputusan yang dibuat bakal memberi kesan terhadap senario politik, lebih-lebih lagi ketika raja-raja Melayu terus digesa campur tangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui gerakan Selamatkan Malaysia telah menghantar 1.2 juta tandatangan rakyat Malaysia yang menolak pentadbiran Najib dan memohon tindakan lanjut istana.
Beliau malah telah mengadap Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bulan lalu, yang membawa pesanan sama.
Bagaimanapun, Seri Paduka, yang penggalnya sebagai Agong akan tamat hujung tahun ini, dilaporkan memberitahu Mahathir bahawa baginda tidak dapat campur tangan kerana halangan perlembagaan.
Ini berdasarkan kenyataan Najib.
Sesetengah pihak, termasuk peguam Mahathir, Haniff Khatri Abdulla, berpendapatan sebaliknya.
Bagaimanapun, jika Sultan Kedah itu tidak berkenan campur tangan, adakah pengganti baginda akan berkongsi pandangan sama?
Kelantan berada dalam giliran selanjutnya untuk dilantik sebagai Agong, walaupun ia tidak semestinya dipilih.
Seorang raja tidak layak menduduki tahkha Istana Negara jika tidak cukup umur atau memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda menolaknya.
Baginda juga hilang kelayakan jika Majlis Raja-raja tidak memilihnya.
Raja-raja Melayu boleh mengundi untuk tidak memilih seseorang yang dirasakan tidak layak sama ada daripada aspek mental atau fizikal atau sebab-sebab lain, menurut laman web Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Jika bukan sultan Kelantan, giliran seterusnya ialah Sultan Ahmad Shah daripada Pahang, negeri Najib.
Najib, yang menjadi anggota parlimen Pekan sejak menang tanpa bertanding pada 1976, mempunyai hubungan baik dengan istana.
Ogos tahun lalu, sultan Pahang menggesa rakyat mendukung Najib kerana kerja kerasnya.
Dua bulan kemudian, Majlis Raja-raja mengarahkan siasatan terhadap 1MDB diselesaikan segera dan segala salah laku, jika ada, dihukum.
Setahun berlaku, polis memulakan semula siasatan yang tidak berpenghujung dengan tiada seorang pun didakwa atas kesalahan 1MDB di negara ini.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya semalam berkata beliau faham kesukaran untuk raja-raja Melayu meminta Najib berundur.
Tetapi, kata Mahfuz, sekurang-kurangnya mereka dalam mengiktiraf Dekralasi Rakyat dan bertitah hilang kepercayaan pada Najib.
Katanya, raja dan rakyat seharusnya berpisah tiada.
Hanya hasil mesyuarat majlis itu akan membuktikan sama ada hasrat Mahfuz akan menjadi kenyataan.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2ea58lm
Post a Comment