Tencent Hadir Dengan Dron Yang Boleh Strim Video Terus Ke WeChat
Arena dron semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini, apatah lagi dengan populariti DJI, selain pihak GoPro sendiri melancarkan dron mereka. Di China, terdapat beberapa pengeluar lain, dan kini TenCent – syarikat disebalik WeChat telah hadir degan dron bernama Ying.
Ia sebelum ini telah diperkenalkan pada awal tahun ini, hadir dengan integrasi WeChat. Ini bermakna, pengguna boelh menggunakan dron ini untuk membuat perkongsian siaran langsung video terus untuk ditonton oleh rakan-rakan di WeChat. Secara kasar, ia berfungsi lebih kurang seperti DJI Mavic Pro yang berkongsi video terus ke Facebook Live atau YouTube.
Ying ini dijana menggunakan Qualcomm Snapdragon Flight, menyertakan kamera 13-megapixel dengan lensa 190-darjah, dan menawarkan bateri yang mampu bertahan selama sejam lamanya. Dron ini boleh dikawal menggunakan sebuah aplikasi iPhone khas.
Buat masa ini, Tencent menyasarkan untuk memasarkan dron ini di China sahaja.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dh8DEf
Post a Comment