Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenyataan PM Tentang Berhemah Sukar Dipercayai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenyataan PM Tentang Berhemah Sukar Dipercayai

Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Hujah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengenai kerajaan akan mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah didakwa sedap didengar, namun rakyat sukar mempercayainya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara diancam dengan ketirisan dan rasuah yang sistematik di bawah pemerintahan yang diterajui Umno.

“Rampasan RM114.5 juta oleh SPRM daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah baru-baru ini yang disifatkan sebagai ikan kecil oleh pelbagai pihak adalah bukti kepada perkara ini.

“Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijumpai kalau mereka tergolong antara ikan-ikan jerung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam yang dipetik sebagai berkata kerajaan mahu menghulurkan sebanyak mungkin bantuan dan manfaat untuk rakyat dalam Bajet 2017 namun pada masa sama mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah.

Tuan Ibrahim berkata, peruntukan Jabatan Perdana Menteri meningkat dari RM13 bilion ke RM20 bilion dari tahun 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat di 2017.

“Yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.

“Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan terutamanya sektor pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, dan bukannya JPM,” katanya.

Oleh itu, katanya Najib usah risau dengan pengurangan bajet JPM di 2017 asalkan beliau terus memastikan rasuah dibanteras.

“Bukankah membanteras rasuah lebih mudah daripada menaikkan GST? Dua-duanya menjana pendapatan, cumanya satu disokong rakyat dan satu lagi bakal dikutuk rakyat habis-habisan,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2eaci9c

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.