Musa Aman minta hentikan spekulasi, biarkan SPRM buat siasatan
KOTA KINABALU: Berhenti buat spekulasi terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai Jabatan Air Sabah yang disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa dan meminta supaya perhatian diberikan terhadap langkah-langkah untuk menambah baik proses perolehan dan sistem penyampaian secara menyeluruh bagi mengelak kejadian serrupa berulang.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta supaya kes itu tidak hdimainkan dalam media dan menasihati orang ramai agar orang ramai membiarkan badan pencegah rasuah itu menjalankan tugas mereka agar tidak menjejaskan siasatan yang dilakukan.
“Berhentilah daripada membuat kenyataan yang tiada kesudahannya dan memberikan pandangan anda mengenai apa yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang pengarah dan timbalannya telah ditahan dan kini disiasat SPRM kerana dipercayai menyalah guna kuasa dengan mengagihkan projek kepada 38 syarikat yang dimiliki saudara mara mereka, serta menerima rasuah dalam jumlah yang menggemparkan rakyat.
Pada Selasa lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan terbabit dan merampas RM114 juta atas dakwaan terbabit rasuah.
SPRM turut merampas 127 geran tanah, sembilan kereta mewah, 94 beg dan jam tangan berjenama.
Difahamkan mereka juga menyimpan sekitar RM30 juta dalam bank di tiga negara luar.
“Semua pihak yang berkenaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya supaya penyiasatan dapat dijalankan dengan cepat,” katanya. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment