Adobe Memperlihatkan Pembantu Maya Pintar Berasaskan Arahan Suara Untuk Menyunting Gambar
Adobe merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penawaran perisian dan perkhidmatan untuk penyuntingan video dan gambar. Terkini, dengan populariti dan perkembangan pembantu maya pintar, pihak Adobe turut mengambil peluang untuk memperlihatkan secara kasar apa yang sedang dibangunkan mereka.
Melalui video ringkas, Adobe mempertontonkan kebolehan membuat penyuntingan ringkas melalui arahan suara, dan selepas selesai membuat penyuntingan, ia turut membantu pengguna berkongsi gambar berkenaan terus ke Facebook.
Walaupun fungsi ini mungkin tidak digemari oleh beberapa penyunting dan mereka terlibat dalam arena kreatif, namun ia mungkin sangat berguna untuk pengguna baru yang tidak pakar dalam penyuntingan, atau sekadar ingin membuat penyuntingan asas sahaja.
Buat masa ini, fungsi ini boleh dikatakan pada peringkat pembangunan awal atau prototaip sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Adobe akan memperkenalkannya, sekaligus hadir dengan kaedah interaksi baru dalam penyuntingan gambar dan video.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jkOoqa
Post a Comment