Hi! Welcome Back and Stay Tune! TP-LINK Melancarkan Siri Neffos X1 Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM769 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TP-LINK Melancarkan Siri Neffos X1 Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM769

TP-LINK sebelum ini telah memperkenalkan siri Neffos X1 pada acara IFA 2016 di Berlin dengan membawakan rekaan menarik bersama spesifikasi berkuasa. Hari ini, mereka telah melancarkan Neffos X1 dan X1 Max di Malaysia untuk memperluaskan penawaran peranti mudah-alih mereka.

Siri Neffos X1 dilihat memfokuskan kepada rekaan premium seperti binaan berasaskan logam, penawaran kaca 2.5D pada bahagian skrin, bersama bezel sisi hanya 0.6mm. Ia juga hadir dengan rekabentuk nipis melalui kenipisan 7.75mm untuk model X1 dan 7.95mm untuk model X1 Max.

Dari segi spesifikasi, Neffos X1 hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, pilihan memori 2GB atau 3GB RAM, dan pilihan storan dalaman 16GB atau 32GB, dan sokongan microSD sehingga 128GB. Dari segi kemampuan kamera, ia menawarkan sensor 13MP f/2.0 Sony IMX258 bersama keupayaan kamera hadapan 5MP.

Neffos X1 turut didatangkan dengan pengimbas cap jari pantas dengan kemampuan menyahkunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat. Ia juga didatangkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama bateri dalaman sebesar 2250 mAh.

TP-LINK Neffos X1 Max pula menawarkan spesifikasi seumpama X1 melainkan hadir dengan skrin yang sedikit besar iaitu 5.5-inci pada resolusi 1080p. Model ini juga menawarkan pilihan memori 3GB atau 4GB RAM yang mana dididatangkan dengan pilihan storan dalaman 32GB atau 64GB.

Ia menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3000 mAh bersama fungsi pengecasan pantas terbina yang membolehkan peranti dicas sekitar 50% dalam masa 30 minit.

Siri Neffos X1 ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold yang mana boleh didapati pada harga bermula RM769 untuk model X1. Bagi yang ingin mendapatkan model Neffos X1 Max, ia boleh didapati pada harga bermula RM999 yang mana mula dijual sekitar Mac ini.

Untuk tempoh terhad, TP-LINK turut menawarkan bundle percuma kepada 50 pembeli terawal seperti Groovi Bluetooth Speaker, kerangka tambahan, dan screen protector yang bernilai RM159. Kedua-dua peranti ini boleh didapati melalui laman Lazada yang menjadi laman jualan eksklusif bagi peranti TP-LINK Neffos.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ijdSCL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.