Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Sedang Menguji Sistem “Windows Goodbye” Yang Mengunci Komputer Secara Automatik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Sedang Menguji Sistem “Windows Goodbye” Yang Mengunci Komputer Secara Automatik

Kandungan di dalam komputer sama pentingnya seperti kandungan di dalam peranti pintar. Tetapi tidak seperti peranti pintar, sistem yang mengunci komputer jarang sekali digunakan. Pernah beberapa kali kami menjadi mangsa prank di mana gambar latar belakang komputer kerja ditukar tanpa kebenaran dengan wajah Justin Bieber. Microsoft sedang menguji sistem baru yang diberi kod nama Windows Goodbye yang mengunci komputer secara automatik.

Sistem ini diletakkan di bawah pilihan Dynamic Lock pada Windows 10 Insider Preview yang sedang diuji.Tiada maklumat terperinci diberikan oleh Microsoft mengenai fungsi baru ini. Besar kemungkinan seperti Windows Hello, kamera hadapan komputer akan mengesan kehadiran pengguna. Apabila mereka keluar dari pandangan kamera, desktop akan dikunci secara automatik. Fungsi ini sepatutnya telah lama wujud. Ianya amat berguna untuk pelajar kolej yang komputer kerap dibongkar rakan seasrama yang mencari bahan dewasa di dalam disorokkan di dalam folder FIFA.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iml0l6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.