Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Peranti Yang Didakwa Samsung Galaxy S8 Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Peranti Yang Didakwa Samsung Galaxy S8 Tertiris

Samsung Galaxy S8 mungkin diperlihatkan di MWC Februari ini dan hanya akan dijual pada pertengahan April. Rekaan peranti ini dirahsiakan oleh Samsung tetapi beberapa maklumat telahpun tertiris. Antara yang didengari ialah dua model dengan saiz skrin berbeza dan rekaan “skrin sepenuhnya” yang akan membuatkan butang navigasi fizikal tidak lagi digunakan.

Rekaan sebuah peranti yang didakwa ialah Samsung Galaxy S8 tertiris hari ini. Ia tersorok di belakang sebuah kerangka keluaran Ghostek. Dari apa yang boleh dilihat ialah ia sah tidak mempunyai butang home fizikal. Skrin dwi-lengkung dikekalkan dan sistem dwi-kamera tidak digunakan sama sekali.

Kesahihan gambar ini mungkin boleh diragui buat masa ini kerana ketiadaan pengimbas nadi pada panel belakang dan konfigurasi butang kuasa serta suara pada satu sisi. Rekaan peranti Galaxy S sejak S5 mempunyai pengimbas nadi. Butang suara dan kuasa juga akan sentiasa diletakkan pada sisi yang bertentangan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ilQhoe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.