Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dan LG Diura-ura Bakal Hadir Dengan Peranti Boleh-Dilipat Pada Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dan LG Diura-ura Bakal Hadir Dengan Peranti Boleh-Dilipat Pada Tahun Ini

Lenovo sebelum ini telah memperlihatkan peranti prototaip mereka yang boleh-dilipat – dimana ia boleh digunakan sebagai tablet apabila dibuka, dan sebagai telefon pintar apabila dilipat. Ia tidak diketahui lagi bilakah Lenovo akan memasarkannya, tetapi kini dilihat Samsung dan LG turut dalam perlumbaan untuk memasarkan peranti seumpamanya kepada pengguna umum.

Samsung sebelum ini sedia memfailkan sejumlah paten berkaitan dengannya, selain beberapa gambar telah hadir memperlihatkan gambaran peranti berkenaan. Samsung sendiri telah memperlihatkan gambaran peranti berkenaan melalui teknologi paparan yang dipanggil mereka sebagai Youm pada tahun 2013 lepas.

Samsung Galaxy X

Menurut laporan The Korea Herald, ia dikatakan Samsung dan LG merancang untuk melancarkan peranti boleh-dilipat pada tahun ini.

Samsung dikatakan telah menguji telefon yang boleh-dilipat, dan dibuka menjadi tablet 7-inci sejak bulan Ogos lepas. Namun, ia tidak diketahui sepenuhnya mereka akan memasarkan ia secara meluas ataupun sebaliknya – apatah lagi selepas kes Galaxy Note 7 yang memberikan kesan kepada pendapatan bahagian peranti mudah-alih Samsung.

LG pula dikatakan turut merancang untuk memperkenalkan peranti dengan konsep lebih kurang sama – berkemungkinan seawal suku ke-4 tahun ini. Namun, sama seperti Samsung, LG juga mempunyai cabaran tersendiri dalam arena mudah-alih, dan tidak diketahui sepenuhnya akan memasarkan ia secara meluas ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan teknologi peranti mudah-alih, salah satu perkara yang pasti adalah kita mungkin akan melihat peranti boleh-dilipat ini dipasarkan kepada umum tidak lama lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jzgZHI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.