Android Wear 2.0 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Februari 2017
Android Wear merupakan platform sistem operasi yang ditawarkan oleh Google untuk jam tangan pintar. Sejumlah pengeluar menggunakan ia untuk jam tangan pintar keluaran masing-masing, namun peranti baru yang hadir menggunakannya dilihat semakin berkurangan – salah satu sebabnya mungkin kerana permintaan untuk jam tangan pintar masih rendah.
Walaubagaimanapun, pihak Google masih meneruskan pembangunannya, dan telah memperlihatkan Android Wear 2.0 pada tahun lepas. Ia telah ditangguhkan pelancarannya, dan kini diperkatakan bakal dilancarkan pada bulan Februari 2017 ini.
Info ini hadir daripada emel yang dihantar kepada pembangun Google Play untuk menerbitkan aplikasi mereka yang dioptimasikan khusus untuk Android Wear 2.0.
Melalui Android Wear 2.0, ia menawarkan sejumlah fungsi baru, termasuk kebolehan untuk menjalankan aplikasi walaupun tidak berhubung ke telefon pintar, dan termasuk akses kepada Google Play terus melalui jam tangan pintar.
Dengan acara MWC 2017 yang bakal berlangsung pada penghujung Februari 2017 kelak, semestinya Google ingin melancarkan ia terlebih dahulu dan memberikan peluang untuk pengeluar peranti memperlihatkan produk baru menggunakan Android Wear 2.0.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ietlsA
Post a Comment