Huawei Menjadualkan 26 Februari Untuk Pengenalan Peranti Terbaru Mereka
Penghujung Februari 2017 ini bakal menyaksikan acara Mobile World Congress 2017 berlangsung – dimana sejumlah pengeluar peranti akan mengambil peluang untuk melancarkan telefon pintar mereka. Pihak Nokia sedia mengumumkan acara khas mereka pada 26 Februari kelak, dan kini Huawei turut dilihat telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara khusus pada tarikh sama.
Ia dikatakan Huawei bakal memperkenalkan peranti terbaru mereka pada acara berkenaan. Ia tidak diketahui sama ada pihak Huawei akan melancarkan Huawei P10 pada acara berkenaan ataupun sebaliknya.
Sebelum ini, pada MWC 2016, pihak Huawei mengambil peluang untuk memperkenalkan tablet dua-dalam-satu berasaskan Windows 10, dikenali sebagai Matebook, dan mengadakan acara berasingan untuk memperkenalkan Huawei P9.
Beberapa desas-desus mengatakan Huawei P10 mungkin hadir seawal Mac atau April – dan sekiranya benar, tidak mustahil kita melihat ia dilancarkan pada penghujung Februari. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei pada acara berkenaan kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ieu7Wh
Post a Comment