Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain? INI PENJELASANNYA…
Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain? INI PENJELASANNYA… |Seperti yang sedia maklum, Solat adalah berdasarkan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Berdasarkan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam “Sollu Kama Roaitumuni Usolli” (Solatlah kamu seperti mana kamu melihat ku solat).
Tapi ada timbul persoalan berkaitan bacaan dalam Tahiyat Akhir. Kenapa hanya sebut nama Nabi Ibrahim semasa Tahiyat Akhir dan bukannya nama nabi lain. Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut.
Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain
Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang soalan berikut. Bacaan Tahiyat Akhir ada menyebut nama Nabi Ibrahim as adalah kerana Nabi Ibrahim as adalah abul-anbiya’ iaitu bapa segala nabi – nabi. Jelasnya Nabi Ibrahim as mempunyai 2 orang isteri iaitu Siti Hajar dan Siti Sarah. Siti Hajar adalah ibu kepada Nabi Ismail as manakala Siti Sarah adalah ibu kepada Nabi Ishak as. Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Ya’qub as. Nabi Ya’qub as pula adalah ayah kepada Nabi Yusuf as dan begitulah seterusnya.
Jadi bacaan nama Nabi Ibrahim as adalah merangkumi semua nabi- nabi yang ada. Manakala sebutan nama Nabi Muhammad SAW adalah kerana Nabi Muhammad SAW adalah nabi kita dan merupakan penghulu dan pemimpin segala manusia iaitu daripada nabi Adam as sehingga ke hari kiamat.
Wallahu a’lam
P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!
The post Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain? INI PENJELASANNYA… appeared first on BISKUTMANIS.
Kredit : BISKUTMANIS
Post a Comment