Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amal Diet Rendah Kalori, Selalu "Skip'' Makan Dan Ambil Ubat Kurus, Wanita Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dan Akhirnya Meninggal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amal Diet Rendah Kalori, Selalu "Skip'' Makan Dan Ambil Ubat Kurus, Wanita Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dan Akhirnya Meninggal

Ramai diluar sana yang diliha terlalu obses untuk kurus, ada yang badan berisi atau obesiti sedang cuba mengurangkan berat badan, ada yang dah kurus keding pun masih diet kononnya ‘gemuk’.

Ramai antara mereka mencuba pelbagai diet, ada yang mengambil pelbagai jenis ubat untuk kurus, ada yang lebih teruk melakukannya diet sehingga memaksa badan menerima kalori yang terllau sedikit sehingga mendapat kesan sampingan yang tidak elok.

Diceritakan oleh seorang Penasihat pemakanan seimbang untuk diet, Encik Muneer Othman di mana beliau mencerikan seatu kejadian yang baru berlaku di mana seoran gadis yang sedang diet untuk kurus, dia telah melakukan ‘crash diet’ iaitu sanggup berlapar atau skip makan ditambah dengan pengambilan ubat kurus menyebabkan dia telah tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital

KAJIAN KES CRASH DIET (INI KISAH BENAR)

Nadia (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun. Beliau seorang wanita bekerjaya tetapi obese tahap 2 (bmi >35)

Beliau teruja dengan kejayaan rakan-rakan KDK yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan sihat.

Namun begitu baru2 ini Nadia ditemui oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah sewanya dan dibawa ke sebuah pusat rawatan (Hospital) semenanjung Malaysia.

Menurut pegawai perubatan yang merawat Nadia, beliau mengalami mulnutrion akibat pengamalan cara diet yg salah iaitu crash diet. Maklumat awal mendapati Nadia hanya mengambil 300 – 400 kalori sàhaja sehari dan kurang minum air.

Maklumat terkini yang diperolehi pegawai perubatan mengesahkan Nadia mengalami kegagalan ginjal dan fungsi hati (Kidney failure with liver problem).

Admin tiada maklumat lanjut tentang amalan pemakanan dan workout yang diamalkan oleh Nadia. (Etika Kerahsiaan Doktor-Pesakit)

Jadi tak tau adakah beliau memang ahli KDK yang mengamalkan crash diet atau diet ikut2an.. macam dulu tu ada diet biskut, diet air suam dll.

Agak memeranjatkan apabila beliau mengatakan ada membeli UBAT KURUS daripada ahli KDK.
ADMIN ingin menasihat semua ahli KDK. TOLONG jauhi CRASH DIET dan UBAT KURUS. Puas dah admin berleter pasal BMR, DCR, intake, deficit, surplus, kalori seimbang, crash diet.

Anda tak ikut amalan baik, anda sakit, anda kaitkan KDK. Please be responsible to yourself. Tak perlu kaitkan KDK atas kecuaian ANDA sendiri.

AHLI KDK jangan pula ambil kesempatan untuk jual UBAT KURUS dan cuci tangan..

Nadia akhirnya meninggal

Kepada sahabat-sahabat admin diluar sana, jika anda ingin mengamalkan diet untuk kurus, carilah orang yang boleh dijadikan rujukan terutamanya doktor atau pakar pemakanan.

Jom baca penulisan En Bob Tahar ini.

Bila diet tanpa ilmu dan terlampau cepat nak kurus.

Arwah ni ambil 400 kalori sahaja satu hari ditambah pulak dengan seller2 yg promote ubat kurus.
Result…. dia lose 18kg sebulan… dan akhirnya  pengsan, hospitalized 8 hari… dan tewas.

Masyarakat still have this traditional believe utk lose weight you kena restrict, limit dan skip meal… lebih bermasalah bila you put dateline utk kurus dan dateline tu terlampau extreme…

Kena tahu Daily Calories Requirement (DCR)… ambil Basal Metabolic Rate (BMR) dan rancang pemakanan kamu dan diet berdasarkan DCR dan BMR. cadangan pengambilan kalori sihat adalah 1200 untuk wanita dan 1500 untuk lelaki.

Saya selalu advice sometimes even warning orang yanng makan bawah 1000 kalori perday… even kalau you tak sakit sekarang… in longterm you’ll get sick.

Tu belum lagi yg nak kurus dengan diet je… takmau exercise langsung.. – Bob Tahar

Nasihat admin kepada semua mereka diluar sana, jika nak diet kurus, janganlah sampai berlapar jangan siksa diri anda, jangan ambil ubat kurus sembarangan, kelak merana.

Buang pemikiran asal nak kurus, nak cepat, asal diet, tak nak makan, skip makan, kurangkan kalori tahap melampau di mana mangsa dikatakan hanya ambil 300-400kcal sehari. beringat sbelum sesuatu yang buruk berlaku kepada anda dibelakang hari. – Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.