Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cavani, Di Maria Pamer Bisa Benam Bordeaux - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cavani, Di Maria Pamer Bisa Benam Bordeaux

BORDEAUX: Edinson Cavani dan Angel Di Maria mencuri tumpuan ketika kedua-duanya menjulang Paris Saint Germain (PSG) meraih kemenangan 3-0 ke atas Bordeaux, awal pagi tadi.

Kemenangan itu dilihat pemanas badan terbaik buat PSG sebelum menghadapi aksi Liga Juara-Juara menentang Barcelona, Rabu ini.

PSG kini menyamai Monaco dengan 55 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan dan pendahulu Ligue 1 itu hanya dijadualkan bertemu Metz, awal pagi esok.

Perlawanan pagi tadi menyaksikan Marco Verratti membuat penampilan semula bersama PSG selepas tersisih empat perlawanan terakhir ekoran kecederaan betis.

Jurulatih PSG, Unai Emery juga kembali mendapatkan khidmat penjaga gol utama mereka, Kevin Trapp manakala Thiago Silva diberikan rehat untuk aksi bertemu Barcelona nanti.

Dalam aksi tadi, Cavani hanya memerlukan enam minit ketika melakukan voli menarik untuk meletakkan PSG di depan sebelum Di Maria menambah derita lawan, lima minit sebelum babak pertama berakhir.

Di babak kedua, Cavani terus mempamerkan sentuhan jaringan berbisa apabila menyumbangkan gol kedua pada minit ke-47 sekali gus melengkapkan peratusan jaringan peribadi satu gol dalam setiap perlawanan. AFP





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.