Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Bukan Calon Pilihan: Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Bukan Calon Pilihan: Annuar

Tan Sri Annuar Musa. – Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa, menganggap dirinya sebagai calon bukan pilihan dan sekadar pelengkap bagi pertandingan merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sempena kongres ke-53 badan induk itu pada 25 Mac ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata, soal siapa yang akan menjadi lawannya dalam pemilihan nanti tidak harus ditimbulkan kerana semua pihak tahu jawatan itu bakal dipertandingkan jika ada orang lain menerima pencalonan.

Selain itu, soal beliau akan bertanding atau tidak juga tidak harus dijadikan persoalan kerana Ahli Parlimen Ketereh itu hanya dicalonkan oleh satu persatuan saja.

“Saya dikira ada dua undi saja, saya pula tiada negeri di bawah perintah saya, tidak memiliki pasukan, tiada sebarang jawatan dalam mana-mana badan gabungan FAM.

“Saya juga tiada “resources to turn anyone’s dream into reality” (sumber untuk menukar impian seseorang kepada realiti). Saya juga orang ‘gagal’, saya juga orang yang sudah di “cah keting” sebelum wisel ditiupkan dan sudah direhatkan luar padang.

“Kalau saya sudah ada 14 daripada 20 badan gabungan yang memeterai ikrar mungkinlah saya boleh dianggap mencabar. Tapi setakat ini cuma Mat Terre (penyokong Kelantan) yang ke depan macam menyokong saya.itu pun kita tidak apa jadi pada beliau,” katanya Annuar menerusi entri terbarunya di laman Facebooknya di sini, petang tadi.

Jadi, Annuar meminta pihak berkenaan supaya jangan terlalu risau mengenai pencalonannya sebagai antara seorang calon yang bakal merebut kerusi panas selaku Presiden FAM.

“Jadi usah dirisaukan kedudukan saya sebagai calon Presiden FAM. Anggap ia pelengkap kepada proses demokrasi dalam FAM. Dengan satu pencalonan saja sudah pasti saya bukan calon yang layak mencabar sesiapa,” katanya.

Terdahulu, Annuar berkata, beliau bersikap terbuka dan akan menerima siapa saja yang menang dalam pemilihan sebagai Presiden, bulan depan.

BH semalam memetik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meramalkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau proksi beliau bakal memenangi perebutan jawatan Presiden FAM, pada bulan depan.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.