Ben Leong Pemain Tempatan Terbaik Pusingan Ketiga
KUALA LUMPUR: Saingan merebut status sebagai pemain terbaik tempatan pada pertandingan golf Kejuaraan Maybank Malaysia semakin memuncak apabila tiba giliran Ben Leong pula mendahului lima wakil negara yang lain, sebentar tadi.
Turun di kejohanan ini atas tiket profesional jemputan, Ben Leong mula mempamerkan taringnya apabila mencatat pukulan lebih rendah pada hari ketiga saingan – tiga di bawah par 69 – untuk mengumpul keseluruhan 210 pukulan.
Keputusan berkenaan menyaksikan pemain kelahiran Sabah berusia 31 tahun itu kini berkongsi kedudukan ke-23 bersama lima lagi pemain termasuk pendahulu pusingan pertama Marc Warren yang melakukan catatan par, untuk 10 pukulan di belakang pendahulu Danny Willett.
Bagaimanapun, Ben Leong yang kini hanya memiliki kelebihan satu pukulan ke atas seorang lagi wakil negara Daeng Abdul Rahman yang terus mengharap tuah terus memihak kepadanya pada permainan esok.
“Banyak pukulan saya agak menjadi hari ini, boleh dikatakan segala-galanya berjalan dengan baik. Cuma ada sedikit gangguan angin terutama di hujung saingan.
“Apapun saya tetap berpuas hati dengan persembahan hari ini dan berharap tuah akan terus menyebelahi saya esok,” katanya.
Ben Leong yang pernah menjuarai salah satu daripada saingan Jelajah Asia -Worldwide Selangor Masters 2008 – merampas kedudukan pemain terbaik tempatan daripada Gavin Kyle Green yang prestasinya mendadak turun sebentar tadi.
Gavin mencatat tiga di bawah par 75 untuk mengumpul keseluruhan 214 pukulan untuk memulakan saingan hari keempat esok, di kedudukan ke-53 bersama jaguh negara Danny Chia (73).
Sementara itu, Arie Irawan yang juga pemain terbaik tempatan pada pusingan pertama pula meneruskan rentak hambar untuk menutup cabaran hari ketiga di kedudukan tercorot dengan tiga di atas par 219.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment