Sekarang Adalah Masa Yang Amat Sesuai Untuk Atur Pelan Travel 2017 & Tempah Tiket Penerbangan. Ini Sebabnya
Foto: moneysense.ca |
Travel adalah aktiviti yang memerlukan perancangan rapi supaya masa dan wang ringgit tidak terbuang begitu sahaja ketika melakukan aktiviti tersebut. Disebabkan itu, satu pelan atau iternari yang padat perlu dirangka lebih awal.
Sekarang pula adalah waktu yang amat sesuai untuk mula mengatur pelan kerana kewujudan beberapa cuti umum antara bulan bulan Mac sehingga bulan Jun. Malah, pelajar sekolah juga mempunyai cuti yang panjang pada Mac dan Jun.
Selain itu, tiket penerbangan juga ada dijual pada harga diskaun untuk penerbangan antara Februari ke Jun sempena promosi Malaysia Airlines Travel Fair (MATF).
Bagi yang berkeluarga
Bagi mereka yang ingin membawa keluarga pergi travel, bulan Mac atau Jun adalah bulan yang sempurna kerana anak-anak akan mula cuti sekolah dari 18-26 bagi Mac dan 4-11 bagi bulan Jun.
Bagaimanapun, bulan Jun adalah lebih sesuai bagi yang tidak bekerja sendiri kerana 12 Jun adalah cuti Nuzul Quran yang mana jatuh pada hari Isnin. Sekiranya ditambah dengan cuti tahunan dua hari, anda sudah boleh bercuti selama lima hari.
Lagi mengujakan, bulan Jun adalah bulan puasa yang bermakna kita berpeluang untuk travel sambil merasa kemeriahan berpuasa di negara orang.
Bagi yang berpasangan/ bersendirian
Bagi yang ingin travel secara kumpulan kecil atau berseorangan pula, hujung bulan April sehingga awal Mei adalah masa yang tepat kerana cuti hari pekerja (1 Mei) jatuh pada hari Isnin. Ditambah pula dengan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad, tiga hari cuti sudah dalam genggaman.
Jika berjaya memohon cuti selama dua hari, anda sudah boleh bercuti selama lima hari. Jadi, sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk mula memohon cuti dengan majikan.
Tiket kapal terbang murah untuk kaki travel
Dalam masa yang sama, Malaysia Airlines juga sedang menawarkan pembelian tiket pada harga diskaun kepada penumpang yang mahu travel dari 15 Februari sehingga 20 Jun menjadikan waktu ini ibarat emas bagi mereka yang gemar travel.
Bagaimanapun, promosi yang dikenali sebagai Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) ini hanya sah bagi pembelian tiket bermula pada 8 Februari hingga 15 Februari.
Kredit: MATF |
Antara harga dan destinasi menarik yang ditawarkan dalam MATF adalah penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Medan pada RM259 penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Tokyo Narita harga RM1399, penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Shanghai pada RM859 sahaja dan banyak lagi.
Antara penerbangan yang ditawarkan dalam MATF. |
Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Jakarta pula cuma berharga RM 299 menerusi promosi itu.
Sekiranya mahu merancang untuk ke destinasi lain, boleh lihat senarai tiket murah sempena promosi MATF ini di pautan rasmi http://ift.tt/2lxTX59 membuat tempahan menerusi laman tersebut.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment