Tenis Terbuka Montpellier: Gasquet, Tsonga Ke Separuh Akhir
GASQUET dan Tsonga akan bertemu pada separuh akhir tenis Terbuka Montpellier. – Foto Melty
MONTPELLIER, Perancis: Juara bertahan dua kali, Richard Gasquet menewaskan pemain yang memiliki servis kencang, Kenny De Schepper 6-2, 5-7, 6-4 untuk melangkah ke saingan separuh tenis akhir Terbuka Montpellier – Open Sud de France.
De Schepper, pemain tangan kidal yang berada di ranking ke-162 dunia melakukan servis ace sebanyak 16 kali, tetapi gagal menggunakan kelebihannya apabila melepaskan 22 peluang mata penamat dan Gasquet berjaya mencuri lima mata daripadanya.
Pemain pilihan ketiga dari Perancis – Gasquet bakal berdepan Benoit Paire yang memiliki kelebihan rekod 3-0 ke atas rakan senegaranya itu dalam pertembungan sebelum ini.
Paire turut melangkah ke separuh akhir selepas mengenepikan pemain Jerman, Dustin Brown di saingan suku akhir.
Dalam satu lagi saingan separuh akhir, pemain pilihan kedua, Jo-Wilfried Tsonga juga dari Perancis akan berdepan pemain yang dianggap bintang baharu dalam dunia tenis dari Jerman, Alexander Zverev – berusia 19 tahun.
Tsonga melakukan tujuh servis ace dan berjaya menghalang tiga servis penamat pemain Russia, Daniil Medvedev sebelum menang 6-2, 7-5 dalam satu lagi saingan suku akhir.
Kini, Tsonga yang memenangi 95 peratus daripada pukulan servis pertamanya pada Khamis lalu berjaya meningkatkannya kepada 96 peratus ketika berdepan Medvedev. – AP
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment