Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome Untuk Android Kini Menyertakan Sokongan Realiti-Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome Untuk Android Kini Menyertakan Sokongan Realiti-Maya

Konsep realiti-maya menjadi semakin popular kebelakangan ini, dengan syarikat-syarikat seperti Oculus, HTC dan Google memasukkan sejumlah wang yang besar untuk membina platform realiti-maya yang memberikan pengalaman baik kepada pengguna.

Terkini, Google baru sahaja mengumumkan bahawa pelayar web Google Chrome kini turut hadir dengan sokongan realiti-maya melalui telefon pintar yang mempunyai sokongan perisian Google Daydream, dan juga headset realiti-maya mereka, Daydream View. Ini bermakna, anda tidak memerlukan sebarang aplikasi khusus untuk menikmati kandungan realiti-maya, sebaliknya boleh terus menikmati ia menggunakan Chrome.

Dengan pelayar Chrome, anda hanya perlu pergi ke laman web yang mempunyai media realiti-maya, mengakses ke dalam media tersebut, dan masukkan peranti anda ke dalam headset Daydream View untuk pengalaman realiti maya. Jika peranti anda tidak mempunyai sokongan Google Daydream,  anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh mengalami dunia realiti-maya dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Selari dengan pengumuman ini, pihak Google turut berkongsi sejumlah laman web yang anda boleh uji menggunakan Chrome untuk mengakses kandungan realiti-maya. Antaranya adalah laman web interaktif Bear 71 menggabungkan rakaman dunia sebenar dan dunia digital dalam konsep realiti maya dan Matterport pula mempunyai koleksi video 300,000 rumah orang ternama, muzium, lokasi-lokasi semula-jadi dan sebagainya. Dengan Within pula, anda boleh menonton lebih 24 filem-filem hebat di dalam realiti maya yang sudah memenangi pelbagai anugerah.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kAO1L0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.