Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunyi Hon Selamatkan 3 Beradik Dari Dirompak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunyi Hon Selamatkan 3 Beradik Dari Dirompak

SHAH ALAM, SELANGOR – Tiga beradik perempuan nyaris menjadi mangsa rompakan ketika mereka dalam perjalanan ke destinasi, lewat malam tadi. 
Dalam kejadian jam 12 malam di kawasan Seksyen 18, Shah Alam, Faziera Delia, yang sedang memandu kereta dengan kelajuan 60 km/j diserang penunggang motosikal menyebabkan cermin tingkap bahagian pemandu pecah. 
Terkejut dan panik dengan kejadian itu, Faziera segera membunyikan hon tanpa henti menyebabkan suspek terus memecut motosikalnya dari tempat kejadian. 
Suspek dipercayai menggunakan kapak untuk memecahkan cermin depan kereta mangsa sehingga tembus ke bahagian dalam. 
Menurut Faziera, suspek berkemungkinan mahu menyasarkan kepalanya, namun senjatanya itu terkena pada pintu kereta. 
Mangsa juga percaya, suspek bergerak secara berkumpulan berikutan pada masa kejadian, ada sebuah kereta cuba menghampiri kereta mangsa dan di bahagian depan pula sebuah lagi motosikal yang ditunggang dengan perlahan seperti sedang menunggu mangsa terbabas.  
Kedua-dua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.