Ketahui Kelab Bola Sepak Yang Dibangunkan Oleh Pelarian Rohingnya Di Malaysia
Hidup dalam minoriti bukan bermakna mereka tidak wujud. Semangat perpaduan dan kesukanan yang tinggi membuatkan kumpulan etnik Rohingnya ini menubuhkan sebuah kelab bola sepak dengan nama Rohingnya FC. Sebuah nama yang jelas menunjukkan identiti mereka.
Melihat kepada semangat yang ditunjukkan jelas Rohingnya FC bukan sekadar kelab. Malah lebih daripada itu. Para pemain sentiasa membawa nama kelab bola sepak mereka sebagai sebuah simbol kemanusiaan dan perpaduan.
‘Sepanjang 90 minit bermain anda hanyalah seorang pemain bola sepak. Tiada sebarang isu melibatkan bangsa, agama atau status diri anda. Anda dapat melupakan kesengsaran yang dilalui sebagai etnik Rohingnya’ jelas Farouk Yousuf sebagai penjaring tertinggi Rohingnya FC.
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia diatas budi bicara yang diberikan kepada etnik Rohingnya. Kini, kelab yang baru sahaja ditubuhkan selama 2 tahun ini telah mula mendapat perhatian umum setelah menyertai beberapa kejohanan bola sepak yang diadakan seluruh Malaysia.
Ketika ini, mereka turut terlibat di dalam DD Social League yang diadakan sekitar Klang Valley. Bekerja di siang hari dan konsisten memberikan yang terbaik di setiap perlawanan atas semangat kesukanan yang tinggi wajar diberikan pujian buat Rohignya FC.
Mengulas mengenai masa depan Rohingnya FC, pengurus kelab ini turut meletakkan harapan bagi memastikan Rohingya FC terus maju seterusnya bertanding di beberapa tournament terkemuka dunia seperti VIVA World Cup atau ConIFA World Football. Sebuah kejohanan yang dikhususkan buat golongan minoriti atau tidak mempunyai status warganegara tetap.
Kami ingin mengucapkan all the best buat Rohingnya FC. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan ini berbaloi buat masa depan kelab dan etnis.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment