Apa Yang Perlu Dilakukan Jika PayPal Anda Dirompak, Lelaki Ini Kongsi Cara Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Kembali Duit Tersebut
Namun begitu, dalam kecanggihan, dan kemodenan dunia pada masa kini, sudah pasti ia ada kekurangan yang tersendiri. Begitulah yang dihadapi oleh seorang wartawan ini, iaitu saudara Ali Imran yang hampir mengalami kerugian dek kerana duitnya dirompak dari akaun PayPalnya.
Disebabkan itu dia telah kehilangan sejumlah wang, dan nasib baik, dengan tindakan pantas yang dilakukannya, dia dapat kembali wang tersebut. Ingin tahu bagaimana saudara Ali Imran lakukan, jom kita ikuti perkongsian darinya.
PayPal aku kena rompak. Apa aku buat?
Aku ni memang tidaklah terlalu percayakan teknologi, tambahan pula bila melibatkan benda-benda sensitif seperti – DUIT.
Sampai hari ini aku tak percaya transaksi interbank transfer. Aku sanggup bersusah keluarkan duit dari bank A, redah hujan panas bagai sampai ke bank B dan masukkan duit guna CDM.
Akibat ketakutan aku ini, banyak kali aku terlepas deadline bayar kereta dan terbaharu aku miss bayar baucer hotel yang dijual murah.
Orang yang jual pun marah, lama sangat tunggu aku tak bank in duit.
Tahun ini, aku nak lebarkan aktiviti aku dalam dunia maya. Nak upgrade Wartawan Awam, nak bina online retail platform, nak buat itu, nak buat ini.
Jadi aku beranikan diri untuk guna PayPal. Sebab ada beberapa laman sesawang yang aku perlukan khidmat mereka, lebih mudah guna PayPal untuk buat bayaran.
Memang aku takut. Aku risau duit kena curi. Dahlah duit tak banyak, kena curi pula, memang susah hidup aku.
Pada awal Januari, aku aktifkan semula PayPal dengan kad ATM baharu. Segalanya berjalan lancar. Beberapa pembayaran dapat dibuat dengan senang.
Kegembiraan itu tak bertahan lama.
15 Januari, sedang aku di KL Sentral hantar pak mak mertua aku naik keretapi, aku terima emel dari PayPal mengatakan transaksi bayaran bernilai USD 84 ‘berjaya’ dilakukan.
Aku tak pernah buat bayaran itu. Aku tak pernah buat apa-apa standing instruction bahkan nama si penerima duit itupun aku tak pernah dengar.
RM 400 itu besar juga nilainya pada aku. Jadi memang rasa ralat sangat. I felt that I should have ever never trust the technology.
Tergamam. Aku rasa segala mimpi buruk aku jadi kenyataan.
Sudahlah duit memang ada ngam-ngam sahaja nak bertahan sampai akhir bulan. Sekarang macam mana? Lari bajet.
Jadi ini kisah aku, dalam bentuk bergambar bagaimana aku dapatkan semula RM 403.63 yang dicuri dek transaksi yang aku tak pernah buat.
Ada 10 gambar semuanya. Penjelasan kronologi ada pada gambar.
a. Sedap aku sedang kejar anak berlari sekeliling KL Sentral, aku dapat emel ini. Jadi marah, tergamam dan rasa bodoh sebab aku percaya PayPal.
b. Ini sambungan kepada gambar di atas. Aku nak tunjuk jumlah yang aku kena caj.
Pembayaran disedut daripada kad ATM yang aku daftar dalam Paypal.
Tindakan aku?
1. Login Akaun Paypal
2. Pergi kepada butiran transaksi ini
Lihat gambar seterusnya.
c. Bila aku login akaun Paypal, aku buka butiran lengkap transaksi ini, skrol ke bawah sampai jumpa benda yang aku bulatkan itu.
‘Report this as unauthorized’
Dan aku tulis lebih kurang begini.
‘On Jan 15 I received an email confirming a transaction worth USD 84 that I never approved or recognize.
Please help to investigate.’
Lepas tu aku hantar laporan.
d. Takut kejadian berulang. Aku terus keluarkan (remove) kad aku daripada PayPal.
e. Tak lama lepas hantar laporan, PayPal hantar emel bagitahu yang mereka terima laporan.
f. Selepas 5 hari, PayPal respon.
Aku sebenarnya masa ini dah tak harap sangat mereka akan selesaikan kes.
Walaupun dia masukkan semula dana itu ke akaun PayPal aku, aku belum boleh guna sebab kita macam dia apungkan duit itulah.
Sementara dia siasat duit dalam akaun aku. Kalau aku betul baru dia masukkan semula ke bank aku.
g. Lepas dua hari, dia kata yang aku betul dan akan bank in duit ke akaun aku dalam masa 5 hari.
Aku masih percaya tak percaya lagi waktu ini.
h. Kerja belum selesai dah minta feedback. Aku tulis,
‘I am not sure that I will get my money since I still yet to see it in my bank account.’
Lebih kurang gitulah.
i. Yang aku belum cerita pada kau orang adalah, sepanjang proses di atas sebaik aku terima emel pada 20 Jan aku tak boleh login akaun PayPal aku.
Memang nak mengamuk masa tu.
Rasa kena tipu habis dah.
Cuma lepas itu ada dia emel untuk verify diri, tukar password dan sebagainya, akhirnya aku boleh login semula.
Duit masih belum dapat.
Hari-hari aku periksa akaun bank dan hampa.
j. Pada 27 Januari, iaitu hari terakhir daripada lima hari yang dijanjikan untuk masukkan semula duit dalaam akaun,
Akhirnya aku dapat semula duit aku.
Gembira.
Kesimpulan:
1. Cepat-cepat buat laporan selepas kau dapat tahu duit kau kena sebat. Guna bahasa mudah, ringkas dan padat.
Ayat-ayat sedih kau tak berguna pun bagi mereka.
2. Aku ambil masa 12 hari untuk dapatkan semula duit.
3. Tiap kali PayPal hantar emel untuk inform progress siasatan, ambil tahu dan ambil tindakan bila dia suruh buat apa-apa.
4. Jangan mengalah dengan keadaan.
5. Bila dah dapat duit jangan lupa ucap terima kasih kepada Tuhan.
Semoga dapat kita sama-sama belajar.
SHARE kisah post ini. Supaya ramai orang dapat belajar.
– Siakap Keli
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment