Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Kumar Masuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Kumar Masuk

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva Kumar Subbiah daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva Kumar, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. – Siakapkeli.my

BACA: Selva Kumar Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Berjaya Elak Media Apabila Guna Laluan Lain Untuk keluar





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.