Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Ialah Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Di China Pada Tahun 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Ialah Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Di China Pada Tahun 2016

China ialah pasaran telefon pintar terbesar dunia pada tahun  2016. Dianggarkan setiap satu daripada tiga telefon pintar tahun lalu dijual di China. Oleh itu penguasaan pasaran di negara ini ialah penting bagi pengeluar yang menjadi kuasa besar peranti di dunia. Menurut IDC, Tahun lalu takhta pengeluar telefon pintar nombor satu di China jatuh ke tangan Oppo.

Syarikat ini berjaya menjual 78.4 Juta peranti di hadapan pesaing terdekat Huawei yang menjual 76.6 Juta peranti. Ini diikuti oleh Vivo (69.2 Juta ) , Apple (44.9 Juta ) dan Xiaomi (42.5 Juta). Paling menakjubkan mereka mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 122.2% berbanding tahun 2015. Vivo juga mencatatkan peningkatan yang tinggi sebanyak 96.9%. Berita buruk buat Apple mereka mencatatkan penurunan jualan sebanyak -23.3%. Xiaomi mencatatkan penurunan paling tinggi sebanyak -36%.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, tahun lalu Oppo R9 ialah peranti yang paling laku jualannya di China tahun lalu. Buat pertama sejak tahun 2012 iPhone gagal menjadi peranti terlaris di China. Sebab pengguna memilih Oppo ialah harga jualan lebih mampu milik, sistem pengecasan pantas dan pengguna skrin AMOLED.  Bagi merampas semula takhta dari Oppo, Apple perlu memastikan model iPhone tahun ini mempunyai kesemua fungsi di atas.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ljgOkI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.