Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita Tempatan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Keluar Pejabat Hari Ini (N.5) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita Tempatan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Keluar Pejabat Hari Ini (N.5)

1. Berus cat dari bulu babi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, merampas berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi dalam satu pemeriksaan yang dijalankan terhadap dua kedai menjual barangan perkakas (hardware) di Persiaran Larkin Perdana.

Hasil pemeriksaan mendapati, pemilik kedai gagal mengasingkan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi dan berus biasa. Selain itu, terdapat berus cat dipercayai diperbuat daripada bulu babi menggunakan logo dan sijil halal palsu. Turut serta dalam operasi ini ialah pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Sumber laporan

2. Rakyat Malaysia tidak dikenakan bayaran untuk visa ke Qatar

Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke Qatar akan dikecualikan daripada bayaran visa tidak lama lagi. Menurut kenyataan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, persetujuan rasmi ini diberikan secara peribadi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani.

Persetujuan ini akan berkuat kuasa segera selepas Duta Besar Malaysia di Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar membuat tindakan susulan dengan kerajaan Qatar. Selain itu rakyat Malaysia juga diberikan kemudahan visa ketibaan (VOA) dan mereka boleh menetap di Qatar selama 60 hari dan tambahan 30 hari lagi jika ada permohonan lanjutan secara percuma.

Pada masa ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran visa sebanyak 100 Riyal Qatar (RM121.70) untuk tempoh kemasukan selama 30 hari dan turut dikenakan jumlah bayaran sama bagi lanjutan 30 hari lagi jika ada permohonan.

– Sumber laporan

3. Kes penipuan dalam talian paling banyak dilaporkan

Kes penipuan dalam talian semakin berleluasa hari ini, lebih menyedihkan ada mangsa yang pernah rugi beribu atau mungkin berjuta-juta ringgit. Dalam satu laporan yang dicatatkan oleh Cyber Security Malaysia, terdapat sebanyak 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lepas berbanding 3,257 kes pada tahun 2015.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata penipuan dalam talian merupakan kes paling banyak dilaporkan membabitkan keselamatan siber di Malaysia bagi tempoh lima tahun. Penipuan itu melibatkan pembelian barangan dalam talian, urus niaga perbankan internet, phising dan scam.

Sumber laporan

4. Ladang ternakan babi di Kuala Langat semakin meningkat

Ladang ternakan babi yang semakin meningkat merisaukan penduduk di sekitar Daerah Kuala Langat apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk pencemaran alam sekitar sehingga boleh menjejaskan kualiti hidup.

Laporan dari Ketua Audit Negara mendapati Kuala Langat memiliki lebih daripada 132 ladang ternakan babi baik yang beroperasi secara berlesen, mahupun tidak berlesen. Laporan ini sekali gus mengesahkan kebimbangan pelbagai pihak tentang aktiviti ternakan babi di daerah itu yang seolah-olah tidak terkawal.

Sumber laporan

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.