Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Minta Tiada Bunga Manggar, Permaidani Untuk Sebarang Program Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Minta Tiada Bunga Manggar, Permaidani Untuk Sebarang Program Kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta penganjur mana-mana program yang dihadirinya dan pemimpin kerajaan lain tidak membazir dengan menyediakan perhiasan seperti permaidani merah dan bunga manggar.

Katanya, semua perhiasan sedemikian tidak penting malah menjarakkan beliau dengan rakyat seolah-olah majlis itu mempunyai protokol rasmi dan dirinya sukar didekati.

“Kurangkanlah kesemua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran.

“Elakkan sekiranya boleh kecuali apabila protokol rasmi diperlukan seperti program bersama tetamu dari luar negeri,” katanya menerusi catatan di Facebook, semalam.

Najib juga mahu semua pemimpin BN pegawai kanan kerajaan supaya sentiasa ingat bahawa fokus utama kerajaan adalah untuk berinteraksi dengan rakyat.

Katanya, beliau tidak mahu protokol yang mengekang.

Najib turut melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada penganjur sebuah majlis yang dihadirinya di Kuala Selangor, baru-baru ini.

“Saya amat gembira apabila melihat tiada permaidani merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, seperti yang saya mahukan dan pernah luahkan tidak lama dahulu. Tahniah kepada penganjur.

“Bagi saya, kesemua perhiasan ini tidak penting dan hanya menjarakkan saya dengan rakyat, seolah-olah ada protokol dan saya sukar didekati,” katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program akan datang yang melibatkannya atau pemimpin lain.

The post Najib Minta Tiada Bunga Manggar, Permaidani Untuk Sebarang Program Kerajaan appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.