Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Umum Penutupan Jalan Di KL Secara Berperingkat Pada 8 Hingga 11 Februari Sempena Thaipusam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Umum Penutupan Jalan Di KL Secara Berperingkat Pada 8 Hingga 11 Februari Sempena Thaipusam

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, telah mengumumkan beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 8, 10 dan 11 Februari ini. Di mana penutupan pertama bermula dari jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 petang pada 8 Februari.

“Perarakan kereta berhala Silver Chariot bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar Batu Caves. Penutupan berikutnya ialah mulai jam 4 petang 10 Februari (Jumaat) hingga jam 2 pagi 11 Februari (Sabtu), iaitu bagi perjalanan dari kuil Sri Subramaniar ke kuil Sri Maha Mariamman,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan menerusi Berita Harian.

Beliau turut berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Semua penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat iaitu mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan dibuka semula selepas perarakan selesai.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.