Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Polis Saudi Gagalkan Cubaan Seorang Lelaki Bakar Diri Berhampiran Kaabah Di Masjidilharam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Polis Saudi Gagalkan Cubaan Seorang Lelaki Bakar Diri Berhampiran Kaabah Di Masjidilharam

Pihak Polis Arab Saudi telah berjaya menghalang seorang lelaki yang dipercayai cuba membakar dirinya di sebelah Kaabah hari ini, lapor portal Al Arabiya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam waktu tempatan itu, terdapat ramai jemaah sedang berada dalam kawasan Masjid menyebabkan suasana kecoh selain ada jemaah turut cuba membantu pihak berkuasa.

Sebuah video telah tersebar di media sosial menunjukkan pihak keselamatan menahan seorang lelaki yang sedang bersiap sedia untuk membakar dirinya ditepi kaabah.

Seorang saksi yang berada ditempat kejadian, seorang lelaki telah mencurahkan minyak badannya sebelum cuba membakar diri sendiri.

Menurut jurucakap  Masjidil Haram,  Sameh Al-Silmi, beliau mengesahkan seorang lelaki warganegara Arab Saudi berumur lingkungan 40-an telah berjaya ditahan dan disahkan bahawa suspek mengalami masalah mental.

Dia dikatakan telah mencurah petrol ke badannya sebelum cuba membakar diri, namun tindakannya itu berjaya dipatahkan oleh pihak keselamatan.

Sameh dalam pada sama menafikan khabar angin tersebar kononnya kejadian adalah cubaan membakar Kaabah .- Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.