Selva Kumar Dijangka Tiba Di Malaysia Jam 7.45 Pagi Esok
SEPANG: Bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Toronto, Kanada akan tiba di tanah air pagi esok pada jam 7.45 pagi.
Dia akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini dengan menaiki pesawat Doha.
Menurut BH Online, kira-kira 50 petugas media yang mendapat maklumat bekas banduan itu akan tiba malam ini berkumpul di KLIA sejak tengah hari tadi.
Selva Kumar, 56, yang berasal dari Pulau Pinang, dipenjarakan selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak perempuan
Selva Kumar mula menjalani hukuman penjara di Toronto selepas didapati bersalah pada 1992 atas 30 pertuduhan jenayah terhadap wanita.
Akhbar The Hamilton Star sebelum ini melaporkan, Selva Kumar yang dibebaskan pada 29 Januari lalu, ditahan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) dan perbicaraan khas Majlis Imigresen dan Pelarian Kanada pada Isnin lalu mengarahkan dia ditahan sehingga dihantar pulang ke Malaysia.
Sumber: BH Online
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment