Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika Mahathir Salah Dalam Isu BNM, Najib Pun Turut Bersalah – Syed Saddiq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika Mahathir Salah Dalam Isu BNM, Najib Pun Turut Bersalah – Syed Saddiq

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, beliau tidak menentang bulat-bulat cadangan Pemuda Umno supaya siasatan suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan Bank Negara kerugian berbilion dolar dalam pasaran pertukaran asing pada tahun 1991.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh, merangkumi seluruh kabinet semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu.

Ini termasuk ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu yang kedua-dua mereka kemudiannya menjadi perdana menteri.

“Jangan lupa bahawa Era Tun Mahathir pun merupakan Era Umno juga. Jika benar Mahathir didapati bersalah, ini bermakna satu Umno juga bersalah kerana mempertahankan beliau.

“Jika benar mahu menghukum Mahathir, setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankan beliau harus turut dihukum setimpal timpalnya,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Syed Saddiq juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno kini membangkitkan isu berusia tiga dekad itu tetapi tidak mengendahkan isu semasa seperti skandal 1MDB.

“Sisatan RCI boleh dilakukan, bukan tak boleh akan tetapi lakukan juga siasatan RCI kepada semua yang dituduh dan diselubung keraguan terutamanya tentang penyelewengan wang oleh Najib dan skandal 1MDB sekali.

“Jangan sekadar menggunakan undang-undang untuk menghukum orang yang tidak sebulu, sambil membutakan mata dan memekakkan telinga bila integriti kroni sendiri dipersoalkan,” katanya.

Syed Saddiq mengulas tindakan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang semalam membuat laporan polis ke atas kerugian forex pada 1991 dan menuntut untuk siasatan RCI.

Khairul Azwan mendakwa bahawa bank pusat itu kehilangan AS$180 bilion daripada pendedahan perdagangan forex itu dan hampir bankrap.

The post Jika Mahathir Salah Dalam Isu BNM, Najib Pun Turut Bersalah – Syed Saddiq appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.