Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uber Mengambil Jurutera NASA Untuk Membangunkan Kereta Terbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uber Mengambil Jurutera NASA Untuk Membangunkan Kereta Terbang

Uber sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka sedang mengkaji kenderaan yang boleh terbang ke udara dalam usaha mengurangkan kesesakkan lalu-lintas, selain memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi dengan pantas. Kini, nampaknya pihak Uber benar-benar serius terhadap arena berkenaan, dan kini telah melantik salah seorang bekas jurutera NASA dalam membangunkan kenderaan terbang.

Airbus Kenderaan TerbangJurutera yang dilantik adalah Mark Moore, yang mana sebelum ini telah menerbitkan kertas kajian berkaitan dengan VTOL (Vertical Takeoff and Landing) – atau dalam nama kata lainnya adalah kereta terbang. Ia dikatakan, selepas membaca kertas kajian berkenaan, ia turut membuatkan pengasas Google untuk melabur dalam arena berkenaan melalui Zee Aero dan juga Kitty Hawk.

Di Uber, Moore akan membangunkan inisiatif kereta terbang mereka yang dinamakan Uber Elevate. Buat masa ini, Uber masih belum membangunkan kenderaan terbang mereka. Melalui kertas kajian yang telah diterbitkan pada bulan Oktober lepas, Uber memperlihatkan visi untuk memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi, dan pada masa yang sama mengenal-pasti sejumlah masalah dalam industri untuk diatasi, termasuk seperti masalah pencemaran bunyi, kadar keefisyenan kenderaan, dan jangka hayat bateri terhad.

Industri kereta terbang sendiri dikatakan mempunyai pelbagai cabaran – termasuk untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Tetapi, dengan Uber yang kini mempunyai lebih 55 juta pengguna aktif, ia boleh memperlihatkan permintaan pasaran serta keuntungan.

Fokus Uber Elevate ini juga secara tidak langsung memperlihatkan arena teknologi yang terus berkembang pesat dan melihat kehadapan – walaupun terdapat cabaran dari segi politik dan sebagainya.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.