Hi! Welcome Back and Stay Tune! Koei Tecmo Memperlihatkan Kabinet Realiti Maya Dengan Sokongan Bau Dan Sentuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Koei Tecmo Memperlihatkan Kabinet Realiti Maya Dengan Sokongan Bau Dan Sentuh

Peranti realiti maya membohongi deria penglihatan dan pendengaran untuk membawa pengguna ke dunia berbeza dari realiti. Oculus, Vive dan PlayStation VR kesemuanya berjaya membawakan dimensi baru ke dalam dunia permainan komputer. Tetapi tidak kesemua deria pengguna tertipu dengan peranti realiti maya. Oleh itu Koei Tecmo menghasilkan VR Sense, kabinet realiti maya mereka.

VR Sense menggunakan PlayStation VR dan PlayStation Move sebagai peranti realiti maya utama. Pada waktu yang sama kerusi yang duduki pengguna boleh bergerak dan bergerak Terdapat sistem semburan angin, udara dan bau bagi memastikan kesemua deria pengguna dirangsang semasa menggunakan kabinet permainan ini.

Tiga permainan disokong buat masa ini ialah Dynasty Warriors, GI Jockey Sense dan Horror Sense. VR Sense hanya dihasilkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini kerana masih terdapat minat dari pengguna untuk pergi ke arked permainan.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.