Hi! Welcome Back and Stay Tune! PALIT Mengumumkan Kad Grafik Dengan Penyejukan Pasif – GeForce GTX 1050 Ti KalmX - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PALIT Mengumumkan Kad Grafik Dengan Penyejukan Pasif – GeForce GTX 1050 Ti KalmX

Penggunaan konsep penyejukan pasif bukan sesuatu yang baru di arena pembinaan komputer, akan tetapi ia kebiasaannya digunakan untuk menyejukkan cip pemprosesan komputer, terutamanya untuk mereka yang mahukan penyejukan yang benar-benar senyap.

Untuk kad grafik, syarikat-syarikat yang membina komponen-komponen ini akan biasanya memilih untuk menggunakan penyejuk udara ataupun cecair untuk penyejukkan cip pemprosesan grafik yang lebih cekap.

PALIT, sebuah syarikat yang khusus memfokuskan dalam pembinaan kad grafik, kini telah mengumumkan sebuah kad grafik baru yang menggunakan teknologi penyejukan pasif ini, iaitu PALIT GeForce GTX 1050 Ti KalmX.

Konsep penyejukan pasif PALIT ini menggunakan tapak tembaga, yang akan mengalirkan haba daripada CPU kepada dua paip haba nikel, di mana barisan sirip nikel akan menyuraikan haba tersebut ke udara.

Kad grafik ini juga agak padat, dan oleh kerana ia tidak memerlukan kuasa luaran dari bekalan kuasa, ia amat bagus untuk digunakan untuk komputer bersaiz kompak.

Buat masa ini, GeForce GTX 1050 Ti KalmX ini merupakan kad grafik penyejukan pasif yang pertama, jadi jika and mahukan sebuah kad grafik yang tidak mengeluarkan bunyi langsung, mungkin ini boleh menjadi salah satu kad grafik pilihan anda.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jXmpkA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.