Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Perkenalkan Laptop Mampu Milik Dengan Ciri Penggayaan Yang Futuristik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Perkenalkan Laptop Mampu Milik Dengan Ciri Penggayaan Yang Futuristik

Sejak mula diperkenalkan pada September lalu, misi Lenovo untuk mengeluarkan laptop yang futuristik dan portable diteruskan sekali lagi dengan pengumuman model terbaru iaitu Lenovo Yoga A12. Laptop yang diperkenalkan pada kali ini masih mengekalkan identiti laptop yang nipis dengan saiz skrin 12-inci.

Spesifikasi yang hadir pada Lenovo Yoga A12 bukanlah yang terbaik namun masih mampu menjalankan kerja-kerja ringan dengan lancar. Processor Intel Atom x5, RAM 2 GB dan storan 32 GB antara tersedia pada model ini. Mengubah daripada mode laptop ke tablet juga nampaknya sangat mudah dengan sistem rotasi 360 darjah.

Bagi mengekalkan saiz laptop yang portable dan juga bergaya, Lenovo telah memilih untuk menggunakan Halo Keyboard. Sebuah Keyboard dengan teknologi touch sensor menggunakan heptic feedback. Ketiadaan jarak diantara key pada keyboard mungkin bakal mengubah cara anda menaip sedikit sebanyak berbanding keyboard biasa.

Tidak seperti keluaran laptop Lenovo yang lain, Lenovo A12 dioperasikan menggunakan Android. Dalam erti kata lain, pengguna mungkin mempunyai sedikit limitasi dari segi software berbanding penggunaan biasa digunakan pada Windows.

Tidak menggunakan sistem operasi Windows ternyata berjaya memberi kelebihan buat Lenovo dengan penawaran harga yang lebih rendah iaitu $299 (~RM1323.67). Sememangnya sebuah harga yang mampu milik buat mereka yang mahukan laptop yang nipis, bergaya serta hadir dengan teknologi terbaru.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.