Kes Penipuan Atas Talian Meningkat Pada Tahun 2016
Kerajaan sedang serius ingin memperkasakan rakyat untuk mempelopori bidang perniagaan atas talian. Tahun lalu Datuk Ahmad Maslan mencadangkan rakyat supaya melakukan dua kerja bagi menambahkan sumber pendapatan. Perniagaan atas talian ialah antara ruang pekerjaan kedua yang dianggap paling mudah dilakukan. Tidak mengejutkan sejak dua tahun kebelakangan ini kedai atas talian tempatan yang menggunakan platform Facebook dan Instagram tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Namun bahaya di pembelian di atas talian juga meningkat dan CyberSecurity Malaysia mengesahkan tahun lalu kes melibatkan penipuan atas talian meningkat berbanding 2015. Sebanyak 3921 kes dilaporkan sepanjang 2016 berbanding 3257 pada tahun sebelumnya. Majoriti kes melibatkan pembelian barangan dalam talian dan phishing. Terdapat juga peningkatan penggunaan malware yang menggugat privasi serta maklumat pengguna.
Kepada pembaca yang gemar membeli barangan secara atas talian pastikan maklumat seperti nombor kad kredit hanya dimasukkan sekiranya terdapat sambungan secara https. Pada waktu yang sama jangan pantas gelap mata melihat tawaran barangan pada harga yang tidak masuk akal. Kes penipuan atas talian paling sensasi tahun lalu melibatkan penawaran iPhone 6S secara pukal yang melibatkan ribuan mangsa. Penipu semakin licik. Terpulang kepada pengguna untuk membijakkan diri dari diperbodohkan oleh mereka.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kN8b4L
Post a Comment